Thursday, December 17, 2009

Ziarah Ukhwah





Alhamdulillah, perjalanan kami sekeluarga ke Daerah Lahad Datu dan Tawau tercapai juga. Betul jugalah kata orang "jauh perjalanan luas pengalaman". Pengalaman yang pertama kali saya lalui ialah apabila kami sampai ke Pekan Telupid saya buka dompet untuk memeriksa tarikh tamat lesen memandu saya. Saya amat terkejut apabila saya dapati tarikh terakhir lesen memandu saya berakhir sejak bulan 4 yang lalu lagi. Saya terpaksa berbaris di pej. Pos Telupid dulu untuk menyambung lesen tersebut. Saya tidak dapat bayangkan apa akan berlaku jika saya melalui pemeriksaan polis dekat Sandakan dengan menggunakan lesen yang tamat tarikhnya. Alhmdulillah semuanya berjalan lancar.

Sampai di Lahd Datu, Kami solat di stesen Petronas dan terus menuju ke Felda Sahabat tempat keluarga kakak saya. Ketika dalam perjalanan saya sentiasa berhubung dengan kakak kerana saya takut sesat jalan. Alhamdulilah kami sampai juga di tempat rumah kakak. Mereka rupanya sudah lama menunggu kami. Kakak memaksa kami tinggal lama di rumah mereka. Saya terlebih dahulu memohon maaf kepada kakak kerana esok terpaksa berlepas ke Tawau. kaka terpaksa akur dengan permintaan kami.

Di Tawau juga kami tidak mengahadapi masalah kerana adik saya yang bungsu sudah lama menunggu kami. Kami menginap di Hotel Monacco, biasalah murahkan?. Selepas maghrib adik mengajak kami berjumpa dengan keluarga angkatnya. Keluarga angkat adik sangat baik dan peramah. Syukurlah. semuanya selamat.

Selepas solat subuh , kami berangkat balik. Saya bersyukur kerana kali ini saya tidak lagi perlu memandu kerana adik yang memandu sampailah ke Ranau. Syukurlah semuanya selamat dan tercapai permintaan keluarga selama ini.

1 ulasan:

MyFaRe87 said...

alahai...pck...mcm mana blh tdk sedar lesen tamat tempoh...huhu

Post a Comment