Saturday, December 5, 2009

Majlis Penyembelihan Binatang Qorban Masjid Pekan Kota Belud 2009




Alhamdulillah, setelah sebulan merancang untuk mengadakan penyembelihan binatang qorban akhirnya berjaya juga diadakan. Seperti kebiasaan pada tahun-tahun yang lalu, masjid ini tidak terlepas daripada program seperti ini. Pada tahun ini ajk pelaksana program yang diketuai oleh saya sendiri diadakan pada hariraya kedua iaitu bertepatan hari sabtu 28/11/2009.Hasil perbincangan dengan ajk pelaksana, ajk pelaksana telah mengubahsuai pelaksanaan majlis, antaranya acara penyembelihan diadakan di tempat penyembelihan yang dikhaskan oleh jabatan haiwan Kota Belud. Setelah binatang itu disembelih di sana, lalu semua daging dan tulang binatang tersebut dibawa ke masjid pekan dan dilapah oleh jemaah yang lain pula. Secara ringkasnya pengendalian progran ini pada tahun lebih baik berbanding pada tahun-tahun yang lalu.
Pada tahun ini, sebanyak 6 ekor lembu yang telah diqorbankan di masjid ini.Daripada jumlah itu, sebanyak 3 ekor telah didermakan secara persendirian iaitu oleh Datuk Abdul Rahman Ahli Parlimen Kota Belud, Pegawai Daerah Kota Belud dan Jurutera JKR Daerah Kota Belud. Manakal 3 ekor lagi hasil daripada perkongsian orang ramai.Saya bagi pihak ajk masjid dan ajk pelaksana majlis ini mengucapakan ribuan terima kasih kepada mereka yang memberikan amanah kepada kami mengurus segala pengorbanan mereka.Semoga Allah swt.menerima amal ibadat kita semua. Amin.
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada petugas-petugas yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis yang baik ini.Antara yang membantu menjayakan majlis ini ialah persatuan muslimah muallaf, mereka bertugas menimbang dan memasukkan daging-daging qorban tersebut ke dalam plastik dan seterusnya menyediakan jamuan ringan.Tq.
Suka juga saya maklumkan bahawa sebanyak 13 buah kampung yang telah diberikan daging-daging qorban ini. Antara kampung tersebut ialah kg. kota Belud, Menunggui, Pompod, siasai Tamu, Siasai Dundau, Pirasan, Rosok dan lain-lain.
Turut serta menjayakan majlis ini ialah pegawai Daerah Kota Belud. Walau bagaimanapun beliau hanya sempat menyaksikan majlis penyembelihan itu di kandang penyembelihan yang dikhaskan kerana terpaksa bergegas ke tempat lain untuk menghadiri program yang seterusnya. Meskipun begitu saya secara peribadi begitu bangga mendapat ketua di daerah ini yang amat prihatin terutama program agama.Semoga khidmat Tuan kepada daerah tumpah darah sendiri mendapat ganjaran yang setimpal daripada Allah swt.
Saya juga rasa terharu kerana majlis ini dihadiri oleh mantan 2 orang Bos saya iaitu Encik Bakri Nanun Dan En. Jalaim Jalumin. Mereka turut serta menjayakan majlis ini sampai berakhir majlis ini.Sekian Terima kasih.

0 ulasan:

Post a Comment