Tuesday, December 8, 2009

Majlis Berkhatan Beramai-ramai di Masjid Pekan 2009




Bulan ini agak padat program yang dilaksanakan di masjid pekan Kota Belud. Selepas sahaja melaksanakan solat hariraya aidiladha dan diikuti pula oleh program penyembelihan Qorban.Pada 06/12/2009 bersamaan hari ahad yang lalu sekali lagi masjid pekan mengadakan program yang juga amat meriah iaitu majlis berkhatan beramai-ramai. Majlis ini telah dipengerusikan oleh Imam Madlan bin Awang dan dibantu oleh setiausahanya Cikgu Nasdin Pumpungga.Saya yang bertindak sebagai penasihat program ini begitu terharu dengan penglibatan yang ditunjukkan oleh Cikgu Nasdin dalam menjayakan program ini.Cikgu Nasdin sebenarnya bukan kali ini sahaja menyumbangkan tenaganya di masjid ini, malah banyak program yang dilaksanakan sebelum ini di masjid pekan, beliau antara tenaga utama setiap program. Semoga Allah swt memberikan ganjaran pahala kepada mereka yang terlibat menjayakan program ini.

Majlis berkhatan ini sebenarnya program yang sudah dirancang pada tahun yang lalu lagi, tetapi atas beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan maka program ini tidak dapat dijalankan. Alhamdulillah dengan izin Allah swt. akhirnya dapat juga dilaksanakan majlis ini.Program ini telah diresmikan oleh Yb. Datuk Japlin Hj. Akim.saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Datuk di atas kesudian merasmikan program ini, walaupun beberapa hari sahaja dimaklumkan kepadanya program ini. Sebenarnya perancagan pertama perasmi ini dipersetujui oleh AJK bahawa perasmi program ini diserahkan kepada Yb Datuk Abd.Rahman haji Dahlan Ahli parlimen Kota Belud. Oleh kerana ada beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan maka beliau mewakilkan kepada Yb. Datuk Japlin.

Walaupun Yb. Ahli Parliman tidak dapat bersama menjayakan program ini,kami Ajk P elaksana amat berterima kasih kepad Datuk kerana telah menyumbangkan Rm 3800 atas tujuan menjayakan program ini. Program ini sebenarnya adalah anjuran bersama Pejabat Perhubungan Parlimen dengan Masjid Pekan Kota Belud. Dalam majlis berkhatan pada kali ini telah mendapat penyertaan yang diluar jangkaan kerana disertai oleh seramai 130 orang peserta sedangkan pada awalnya dijangka hanya 100 orang sahaja.Para peserta yang menyertai boleh juga dikatakan menepati slogan perdana menteri iaitu "1 Malaysia" ini kerana peserta terdiri daripada berbilang kaum di daerah Kota Belud. Apa yang diperhatikan peserta ada daripada bangsa Bajau, Irranun, Dusun Muslim dan Ubian.Peserta ini juga bukan sahaja dikalangan kanak-kanak tetapi juga telah disertai oleh beberapa orang dewasa. Yang paling membanggakan golangan dewasa ini tidak rasa segan dan malu menyatakan hasratnya untuk mengikuti program ini. Penyertaan mereka ini sebenarnya kerana atas kesedaran mereka tentang kepentingan berkhatan dalam kehidupan manusia terutama untuk menjaga kebersihan dan kesihatan.

Majlis ini dimulakan pada jam 7.30 pagi lagi dan berakhir lebih kurang jam 3.30 petang. kami juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak hospital yang diketuai oleh Tuan Haji Osman kerana telah berungkus lumus menjayakan majlis sampai berakhir. Kepada Ibubapa peserta kami memohon maaf jika sekiranya sepanjang kami menjalankan program ini adanya tersilap dan terkasar bahasa, sesungguhnya inilah sahaj keupayaan kami. Semoga kita mandapat pahala daripada amal ibadat ini.

Seperti biasa, setiap majlis berkhatan yang diadakan tidak lari daripada beberapa slot-slot yang lucu samada daripada peserta itu sendiri ataupun para tetamu malah Yb. juga merasa lucu dengan gelagat-gelagat hadirin yang ada.Ada peserta yang menunjukkan gaya ketakutan dan ada juga yang menunjukkan keberanian. Apapun berkhatan ini adalah wajib kepada seluruh umat islam.( WALLAAHU A'LAM)

0 ulasan:

Post a Comment