Friday, December 4, 2009

Hariraya Qorban 1430H




Pada hari jumaat yang lalu, saya bersama keluarga sembahyang hariraya aidil adha dimasjid kampung Kelawat. Saya bersyukur kehadrat Ilahi kerana telah mengizinkan saya untuk bersembahyang hariraya di tempat ini setelah sekian lama saya merancang namun tidak kesampaian. Kehadiran kami sekeluarga di surau ini, telah di sambut dengan meriah oleh ahli jemaah yang datang bersembahyang bersama. Saya juga mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada 2 orang Imam Rawatib iaitu Imam Isyak dan Imam Seli dari masjid kg. Lantigi kerana mereka juga turut sama meraihkan jamaah di masjid ini.Untuk pengetahuan semua, ahli jemaah yang datang bersembahyang di surau ini adalah terdiri daripada penduduk islam daripada kampung Kelawat dan Pituru Darat. Menurut Puan Rusiah seorang penduduk islam di kampumg ini,orang islam yang tinggal di kawasan ini tidak ramai iaitu sekitar 150 orang sahaja. manakala penduduk tidak islam adalah penduduk mijoriti.

Sebagai Imam Daerah yang diamanahkan agar masjid dan surau di daerah ini menjadi pusat penyebaran islam, begitu amat terharu dengan keadaan umat islam di sekitar surau ini. Mereka menghadapi rintangan dan cabaran yang besar dalam mempertahankan aqidah islam yang mereka terima. Mereka tidak dapat menjalankan kegiatan yang berunsur islam disebabkan oleh mereka sendiri tidak memiliki ilmu yang mantap. Justru itu, merka mengharapkan kepada pihak yang bertanggungjawab terutama Jheains Kota Belud dan pihak-pihak lain menyusun program mengajar agama di tempat ini dengan kadar segera.

Saya telah diberi penghormatan oleh ahli jemaah untuk menjadi imam dan khatib solat hairaya dan manakala bilal ialah imam Ishak.Kami telah mulakan solat hariaya bermula jam 8.00 pagi dan telah selesai lebih kurang jam 9.00 pagi. Semasa saya membaca khutbaha hariraya, saya telah membawakan beberapa perkara yang saya rasakan bersesuaian dengan suasana penduduk di tempat tersebut, antara perkara penting termasuklah ialah cerita pengorbanan Nabi Ibrahim Dan Nabi Ismail alaihimassalam.Sememangnya sejarah pengorbanan dua orang nabi ini dalam mereka menjunjung perintah Allah SWT, seawajarnya dijadikan iktibar dan pengajaran bagi kita yang beragama islam dalam kita memartabatkan syariat Islam. Sebaliknya tanpa ada pengorbanan, kita akan sentiasa dibelenggu oleh kelemahan dan jauh tertinggal oleh penganut agama lain.

Pada masa kini, tidak keterlaluan saya katakan bahawa umat islam ramai yang tidak mengambil iktibar daripada peristiwa yang bersejarah ini. Umat islam, tidak kira siapa dan dimana tempatnya sudah tidak lagi melakukan pengorbanan kepada agama mereka. Apa yang berlaku mereka sering bertanya apakah sumbangan agama islam kepada mereka dan tidak bertanya apakah sumbangan mereka kepada agama islam yang mereka anuti. Sebagai natijah daripada fahaman ini, apa yang diperhatikan ada dikalangan umat islam semakin liat dan sukar melakukan setiap perintah Allah swt. Sebagai contohnya, apabila mereka diperintahkan mengeluarkan zakat, lantas ada perkataan sumbang yang didengari dari mulut umat islam sendiri yang menandakan keengganan mereka melakukan perintah tersebut.

Sebagai umat islam yang memahami hakikat kejadian dirinya termasuklah tahu siapa dirinya, dari mana ia berasal, kemana ia akan pergi dan apa tujuan ia dilahirkan di atas muka bumi, sewajarnya tidak akan timbul dalam fikirannya tentang apakah sumbangan agama islam kepada dirinya.Ini kerana, seorang yang berpendapat sedemikian tidak perlu melihat kepada anugerah Allah swt.yang lain cukuplah kita melihat kepada anugerah Allah swt di dalam tubuh badan kita sendiri.Jika kita melihat dengan dua biji mata yang kita miliki sudah memadai kita sepatutnya berterima kasih kepada pemberinya yakni Allah swt kerana kita tahu pada masa yang sama, ada makhluk Allah yang bergelar manusia tidak diberikan sedemikian. Mereka terpaksa mengharapkan bantuan kepada orang lain ketika melakukan sesuatu pekerjaan, meskipun ketika itu ia memiliki harta yang banyak dan anak yang ramai.Itulah nikmat dua biji mata kepada manusia dan bageitu jugalah dengan nikmat-nikmat pemberian Allah swt yang lain seperti nikmat islam.
Semoga paparan saya ini akan memberikan sumber inspirasi kepada diri dan juga rakan-rakn bloggers yang lain dalam memastikan diri kita dekat dengan Allah swt. wassalam

0 ulasan:

Post a Comment