Friday, December 25, 2009

Persidangan Imam - Imam Daerah Seluruh Sabah




Pada 19 hingga 22/12/2009 yang lalu satu majlis persidangan untuk Imam-imam Daerah seluruh Sabah yang diadakan di Palace Hotel Kota Kinabalu. Persidangan yang diadakan ini bertujuan melatih imam-imam Daerah seluruh Sabah berhubung keupayaan membaca Al-Quran dengan baik. Imam-imam Daerah yang dilatih ini diarahkan untuk melatih imam kariah dan Rawatib apabila mereka nanti kembali ke daerah masing-masing. Walaupun Program yang diadakan ini memakan masa yang singkat tetapi secara keseluruhannya telah memberikan kesan yang begitu besar kepada para Imam Daerah yang hadir. Satu perkara yang membanggakan ialah dengan kesediaan tenaga pakar dan berpengalaman telah mencurahkan ilmu mereka. Tenaga-tenaga pengajar ini terdiri daripada dua orang Mantan Imam Besar Masjid Negeri Datuk Hj.Asmali Bachi dan Tuan hari Nahar Matamin dan Imam Besar masjid Negeri sekarang Al-Fadhil Ustaz Ibrahim Haji Kisab Al-Hafiz. Semoga program yang baik ini dapat diadakan lagi dengan lebih kerap.

Perasmian penangguhan telah dilakukan Oleh Pengarah JHEAINS Datuk Haji Amri A Suratman. Dalam ucapan beliau lebih menekankan kepada kebersihan institusi Masjid agar ia bersesuaian dengan ajaran islam yang amat menitik-berat kebersihan. Hadir sama sepanjang program ini berlangsung ialah Timbalan Pengarah JHEAINS bahagian Hal Ehwal Islam Ybhg. Ustaz Mohamad Sidik Awang Adi.

Majlis ini juga telah mencipta sejarah yang besar bagi institusi imam dan masjid dengan tertubuhnya DEWAN MASJID NEGERI SABAH (DMNS). Dewan ini telah melantik badan pengasas yang diketuai oleh Ustaz Ibrahim Hj. Kisab Al-Hafiz Imam Besar Masjid Negeri sebagai Yang Dipetua, Timbalan Yang Dipertua Hj. Madli Hj. Mansur Imam Daerah Kota Belud. Tiga orang Dilantik sebagai Naib Yang dipertua iaitu Haji Asli Haji Karim imam Daerah Bandaraya Kota Kinabalu, Imam Daerah Beufort dan Imam Daerah Kudat Ustaz Md.Noh Abdul Majid. Setiausaha Ustaz Haji Nahar Matamin Dan Bendahari Imam Daerah Sipitang. AJk ialah semua imam Daerah seluruh Sabah.

0 ulasan:

Post a Comment