Monday, September 28, 2009

Program Semarak Masjid





Selepas hariraya aidilfitri bertepatan hari sabtu, saya bersama Encik Awadnir Matanggal selaku Timbalan ketua Bahagian UMNO Kota Belud menghadiri majlis sambutan hairaya aidilfitri di kampung Lobong-lobong Kota Belud. Kehadiran kami disambut olrh penduduk tempatan dengan baik dan penuh kemesraan. Pada mulanya saya tidak dapat menghadiri majlis ini kerana terpaksa menghadiri program yang sama di kampung Merabau Kota Belud yang dijangka dirasmikan oleh Datuk Hj. Musbah Haji Jamli.Bagi menunaikan permintaan umat islam kg. Lobong-lobong saya meminta Imam Hj. Abd. Majad menggantikan saya.Sesuatu yang tidak dijangkakan Hj. majad menghubungi saya dan memaklumkan bahawa dia tidak dapat menghadiri program tersebut kerana ada berlaku kematian di kampung tempat ia bertugas dan tambahan lagi si mati adalah ahli keluarga beliau. Setelah saya mengetahui permasaalahan Hj. Majad ini sayapun bercadang untuk hadir sendiri ke Kg. Lobong-lobong.
Kg. lobong-Lobong, agak jauh juga daripada Pekan Kota Belud. Ia terletak di kaki gunung Kinabalu dan agak berdekatan dengan kawasan Kundasang Ranau. Bagi mereka yang berminat dengan suasana yang sunyi sepi dan udara yang lembut nyaman datnglah ke Kampung ini pasti anda menemuinya.Saya sebenarnya pernah pergi ke kg.ini pada tahun 1992 lagi. Sudah pastilah perkembangan pembangunan di kg. ini amat memberangsangkan. Di dalam majlis tersebut saya telah bertemu dengna seorang ustaz dari Kedah yang sedang bertugas di sk Kaung bersebelahan dengan kg. Lobong-Lobong. Banyak juga saranan-saranan masyarakat kg. kepada Timbalan Ketua Bahagian UMNO KOta Belud iaitu En. Awadnir Matanggal.

Namun saya perhatikan En. Awadnir ini sudah biasa dengan masyarakat seperti itu. Apapun saya berbangga jugalah kerana adanya seorang insan yang mempunyai keperihatinan seperti beliau di daerah Kota Belud ini. Encik Awadnir amat di kenali di daerah ini,tidak kira suku kaum akan dibantunya apabila difikirkan layak. Rasanya tidak bersalahan jika saya katakan beliau adalah seorang yang berjiwa rakyat. Beliau mengatakan kepada saya bahawa dia tidak lama di majlis tersebut kerana terpaksa ia menziarahi majlis kahwin keluarganya di kampung. Sayapun begitu juga selepas ini akan pergi ke Kg. kawang-kawang dalam majlis yang sama.

Tengahari selepas zohor, saya dapat bersama penduduk islam kg. Kawang-kawang untuk majlis sambutan hariraya juga. Di majlis ini ADUN Tempasuk Iaitu Datuk Haji Musbah Hj Jamli juga hdir sebagai perasmi. Kali ini ramai juga penduduk islam yang menghadiri majlis ini. Wassalam.

Friday, September 25, 2009

salam persahabatan

Sebagai seorang muslim adalah menjadi kewajipannya menjaga pergaulan kepada sesiapa sahaja samada kepada sesama muslim ataupun orang yang tidak beragama islam.Semoga dengan pergaulan yang baik ini lebih menzahirkan bahawa agama islam amat menitik beratkan persahabatan.Persahabatan yang erat akan membuahkan keunggulan islam yang cemerlang.Dengan sebab itulah Nabi muhammad Saw pernah bersabda bahawa "tidak beriman seseorang kamu selagi ia tidak mengasihi saudaranya sebagaimana ia mengasihi dirinya sendiri"