Tuesday, December 7, 2010

Awal Muharam 1432H

- Alhamdulillah kerana masih diberikan taufiq dan hidayah sehingga dapat lagi meluangkan masa meneruskan catatandi ruangan ini. Sememangnya bukan mudah megajak diri ini istiqomah meneruskan penulisan.Saya akui sejak kebelakangan ini telah dihambat oleh kesibukan yang berupa keperluan peribadi, kewajiban keluarga dan tuntutan masyarakat. Namun begitu saya bersyukur perjalanan ini masih lagi di landasan yang betul dengan berpandukan syariat islam yang dibawa oleh Baginda Nabi Muhammad SAW.

- Pada 29 November 2010 yang lalu saya memulakan siri dakwah saya dengan menerima jemputan ceramah daripada ahli Jawatankuasa Masjid Kg. Kulamba. Semoga kehadiran saya di masjid ini telah dapat memberikan lagi suntikan semangat tentang pentingnya pengimarahan masjid kepada para jemaah masjid ini. Saya ucapkan tahniah kepada Ajk masjid dan juga para imam yang ditugaskan di masjid ini kerana telah berjaya menarik lebih ramai anak-anak muda sembahyang berjemaah di masjid ini. Menurut makluman Imam, anak-anak muda ini bukan sahaja solat berjemaah malah mereka juga sudah mula berjinak-jinak belajar membaca al- quran.Tahniah kepada kalian semuadan semoga amal ibadat kita diterima oleh SWT.

- Pada 06 Desember 2010 saya menghadiri majlis bacaan surah yaasin dan tahlil sempena Sambutan maal hijrah di masjid kg, Tambulion Kota Belud. majlis ini dihadiri oleh Tuan Pegawai Daerah Kota Belud En. Abdul Gari Bin Itam, Pen. Pegawai Daerah En. Hamdan Haji Sarudin, Pegawai Tadbir Agama PBU dll. dalam majlis sempat saya meluangkan masa memberikan tazkirah selama 15 minit. Tazkirah berkenaan sejarah hijrah Nabi swt antara tofik yang telah samaoaikan dan mengaitkan dengan kehidupan semasa pada hari ini.

Tuesday, April 27, 2010

Lawatan Saya Ke masjid Sembirai, Wakap, Gunding dan Linau Dan Ziarah Ustaz Anas Dan Im.Datu Anggeris







Beberapa hari yang lalu saya meluangkan masa melawat beberapa buah masjid sebagai pemantauan kepada aktiviti perkembangan masjid. saya bersyukur kerana setiap masjid yang saya pergi mempunyai jemaah. Walau bagaimanapun saya mengharapkan agar bilangan jemaah ini dapat bertambah pada masa akan datang.

Pengalaman Pertama Menjadi Hakim Tilawah Saringan Peringkat Neg. Sabah



Baru-baru ini saya telah terpilih sebagai hakim tilawah Al-quran peringkat neg. sabah saringan. Satu amanah yang berat juga kerana peserta yang dihakimi bukan sembarangan termasuklah Tuan Haji Abdullah Abdul Wahid tempat ketiga kebangsaan sebanyak 2 kali. Saya berdoa semoga pernilaian saya kepada setiap peserta tidak berlaku sebarang kesilapan dan kesalahan. Kepada rakan-rakan Qori dan Qoriah saya ucapkan tahniah di atas pencapaian dan perjuangan memartabatkan ilmu tarannum al-Quran selama ini.Ok

Majlis Perasmian Solat Jumaat Kampung Rajunah Kota Belud




Perasmian solat jumaat di kampung Rajunah ini telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Salleh Tun Said. Turut serta dalam majlis ini ialah En. lamsil Hamidsor,Pegawai Daerah Kota Belud,Pegawai tadbir Agama PBU, En. Awadnir Matanggal,En. Baharul Sawi dan persatuan Titian Hijrah Kota Belud.

Sebagai perasmi majlis Datuk Hj. Salleh mengharapkan agar masjid ini menjadi pusat perkembangan islam di kampung yang berdekatan kerana kedudukannya yang amat strategi.Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.Bermula dari sekarang penduduk yang beragama islam di kawasan ini tidak lagi bersusah-payah mendirikan solat jumaat di pekan Kota Belud. Cuma saya mengharapkan kepada ustaz-ustaz yang bertugas di tempat ini agar dapat mencurahkan bakti membantu mengimarahkan masjid ini.

Aktiviti Kolokium Pentadbiran Masjid Peringkat Daerah Kota Belud






26 April 2010:Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Tibalah masanya para imam menjadi penentu kepada halatuju masjid di kampung khususnya di daerah Kota Belud. Sebelum ini perkembangan masjid ditentukan oleh ketua kampung dan pengerusi JKKK .Oleh itu proses memperkasakan para imam agar dapat berperanan segaimana yang sepatutnya hendaklah mendapat perhatian daripada semua pihak. Ketua Bahagian USIA daerah Kota Belud Encik Lamsil Hamidsor mengatakan demikian ketika perasmian penutupan program Kolokium pentadbiran masjid peringkat daerah Kota Belud.Program ini berjalan selama 4 hari iaitu bermula pada 23 hingga 26 april 2010. Program ini adalah anjuran bersama Usia Kota Belud, UUM, BTN dan JHEAINS Kota Belud.Para peserta terdiri daripada Imam dan pentadbir masjid. Kolokium ini dilaksankan di Pusat Latihan Biro Tatanegara di Kundasang Ranau.

Hadir bersama dalam perasmian penutupan ini ialah Wakil Usia Pusat, Pensyarah UUM dan Ahli Jawatankuasa Masjid bandaraya Kota Kinabalu hasil maklumat daripada peserta yang mengikuti program ini mereka bersyukur kerana terpilih mengikuti program ini.Sebagai imam Daerah Kota Belud, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak khususnya Usia Kota Belud, UUM dan BTN Kundasang kerana memilih para imam kota belud mengikuti program ini.

Thursday, February 11, 2010

MUZAKARAH HAKIM TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH





Pada 8 dan 9 februari 2010 saya telah menghadiri majlis muzakarah hakim tilawah al-Quran peringkat negeri di kompleks tabung Haji Kota Kinabalu. Peserta yang terpilih mengikuti majlis ini terdiri daripada para hakim tilawah al-quran dalam berbagai peringkat.Pembimbing muzakarah terdiri daripada hakim tilawah al-quran peringkat antarabangsa antaranya ialah Ustaz Haji Abdul Rahim Ahmad. Beliau ialah pakar dalam bahagian Tarannum Al-Quran. Saya amat bersyukur kerana telah diketemukan dengan guru al-quran saya semasa belajar di Negeri Kelantan dahulu iaitu Ustaz Hj. Abd. Rahim.Sekian

FORUM EHWAL ISLAM KG. RAMPAYAN ULU ZON 1




Pada 06.02.2010 yang lalu saya menghadiri majlis forum ehwal islam di kg. Rampayan Ulu Kota Belud. Program ini dianjurkan oleh AJK masjid Kampung ini.Menurut pengerusi masjid ini Drs. Daiman Salalah, sebelum majlis forum ini berlangsung mereka telah mengadakan beberapa acara bagi menarik penyertaan penduduk kampung. Majlis forum ini telah dipengerusikan oleh Cikgu Nasdin. Manakala Ahli forum ialah Ustaz Jafran Hj. Kusin, Ustaz Saifuddin Ahmad dan saya sendiri ( Hj. Madli Hj. Mansur). Saya mengakui bahawa kehadiran penduduk kg. amat menggalakkan. Majlis ini juga dihadiri oleh ahli masjid kampung yang berdekatan seperti Kg. sarang, Kg. Rampayan Laut, Kg. Nanamun dan Kg. Kayu Puteh Kota Belud. Semoga Allah SWT membalas segala amal ibadat dengan pahala yang banyak.Amin!!