Wednesday, December 9, 2009

MAJLIS ULANGTAHUN PELATIH OKU DAN GOTONG -ROYONG DI PEMULIHAN DALAM KOMUNITI KB




Pada hari ini 10 .12. 2009 hari khamis bertepatan jam 10.00 pagi saya telah dihubungi oleh Pakcik Haji Madri Akong, beliau meminta khidmat saya untuk membacakan doa majlis di Pemulihan Dalam Komuniti Kota Belud. Menjadi kebiasaan saya, siapa sahaja yang meminta khidmat bacaan doa majlis, setakat ini saya dapat datang menunaikannya, itupun jika tidak bertembung dengan program yang terlebih dahulu meminta khidmat saya. Satu lagi syarat saya ialah jika terdapat program -program yang bercanggah dengan agama di dalam majlis tersebut maka saya terus menolak jemputan tersebut dengan maaf.

Kehadiran saya di dalam majlis ini bukan sahaja dapat menunaikan tanggungjawab malah majlis ini telah memberikan begitu banyak pengajaran dan panduan dalam saya melalui hidup di dunia yang semangkin mencabar.Sememangnya siapa sahaja yang hadir dan menyaksikan gelagat penghuni pusat pemulihan Dalam Komuniti ini sudah tentulah akan terharu dan rasa bersyukur kecuali bagi mereka yang tidak mengambil pengajaran dari situasi ini.

Menurut Tuan Haji Madri selaku pengerusi PDK Kota Belud, seramai 36 orang kanak-kanak yang kurang upaya mendaftar di pusat ini, manakala 26 orang daripadanya adalah mereka yang sepenuhnya menjalani penjagaan dan pendidikan di pusat ini. Menurut beliau juga, pusat ini tidak mendapat peruntukan khas daripada pihak kerajaan tetapi bergantung sepenuhnya kepada ihsan daripada pihak-pihak yang bersimpati. Sebab itulah beliau mengharapkan agar siapa sahaja yang mempunyai kelebihan perbelanjaan supaya dapat menyalurkan bantuan ke pusat ini agar mereka dapat mengadakan aktiviti dengan baik dan banyak.

Turut hadir sama dalam majlis ini ialah Ketua Penolong Pengarah Perkhidmatan Kebajikan (maaf jika silap)mewakili Ybg. Encik Etong Terang selaku Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am Negeri Sabah, Encik Sedin Tundan PKR Usukan, Wakil Sabah Shell Kota Belud,Pegawai Kebajikan Kota Belud, Wakil UPKR Kedamaian, Hotel Rumah Rehat Kota Belud, Pelajar Pusat Giat Kota Belud dan Kakitangan MDKB Kota Belud.DI dalam majlis ini, Pusat ini telah menerima derma ikhlas daripada kakitangan Sabah Shell sebanyak RM 1500 dan RM 500 daripada Pengurus Hotel Rumah Rehat Kota Belud.

Pusat ini berfungsi sebagai pusat untuk melatih anak-anak yang cacat dan tidak dapat mengurus dirinya tanpa bantuan daripada orang lain. Sebab itulah saya jelaskan di awal bicara saya bahawa banyak pengajaran yang diperolehi daripada penghuni pusat ini. Antaranya kita seharusnya bersyukur dan berterima kasih kepada Allah Swt kerana kita tidak diuji sebagaimana ujian yang diberikan oleh Allah Swt kepada setiap keluarga yang mempunyai anak di pusat ini. Mereka terpaksa sentiasa menjaga, mengurus dan melayan setiap karenah anak-anak mereka sampailah kembali pulih.Tugas ini bukannya perkara yang mudah dan senang tetapi memerlukan kepada kesabaran dan rasa kasih sayang kepada anak. Tanpa ada dua perkara tadi, sudah tentulah tidak dapat dipastikan masa depan anak-anak OKU tersebut.

Menurut Tuan Haji Abdullah iaitu salah seorang AJK pusat ini, antara cabaran dan halangan kejayaan pusat ini ialah sikap segelintir ibubapa yang mempunyai anak cacat atau OKU mengambil sikap tidak menghantar anak-anak mereka tersebut ke pusat ini disebabkan oleh perasaan malu. Sikap ini sewajarnya tidak berlaku kepada ibubapa tersebut demi masa depan anak-anak mereka. Tepat jam 11.30 majlis telah berakhir setelah jamuan makan. Amin

0 ulasan:

Post a Comment