Wednesday, February 10, 2010

Hari Pelancaran Kolokium Imam Kariah Dan Imam Rawatib Peringkat Daerah Kota Belud




Masih di awal tahun 2010M ini Para imam di Daerah Kota Belud telah mengorak langkah lagi kehadapan dengan mengadakan prgram kolokium. Kolokium yang diadakan ini adalah kesinambungan daripada kolokium yang diadakan oleh pihak JHEAINS Kota Kinabalu kepada imam-imam Daerah seluruh Sabah baru-baru ini.Kolokium ini disertai oleh seramai 170 imam di daerah ini. Kolokuim imam-imam ini bermaksud semua imam yang terdapat di Daerah ini akan dilatih dengan terbaik berhubung dengan skop kerja yang mereka laksanakan selama ini.Program ini akan berjalan selama 5 bulan iaitu bermula awal bulan februari dan berakhir pada hujung bulan jun 2010. Kelas ini akan dilaksanakan setiap hari rabu sahaja dan bertempat di masjid pekan Kota Belud.

Melalui kelas ini para imam akan dilatih berhubung pengendalian keimaman ketika mengimami solat, majlis Tahlil dan doa arwah,Pengurusan jenazah,Wirid selepas solat, Bacaan khutbah, bacaan berzanji dan yang terpenting sekali ialah tahsin al-quran.

Pembimbing bagi kelas ini seramai 8 orang. Mereka ialah saya sendiri Imam Daerah, Imam Haji Kholil Omar, Imam Anas Mat Khalid, Imam. Hassanuddin, Imam. Madlan Awang, Imam Rosli Anjam, Imam Abdul Aziz Rejab Dan Imam Hj. Abdul Malik Lelah dan pembantu ialah Imam Amirun Rajun.Mereka ini semua adalah imam-imam kariah dan rawatib dan dikenali di Daerah ini kebolehan mereka masing-masing.

Semasa hari pelancaran kolokium ini, Pegawai Tadbir Agama PBU Ustaz Zuldin dan Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Kota Belud Puan Fatimawati Aldin mengharapkan agar selepas sahaja kolokium ini semua para imam dapat mengendalikan tugas dengan baik terutama dari segi bacaan.

Jika dilihat daripada sambutan yang diberikan oleh para imam berhubung program ini sungguh menggalakkan. Ada imam yang tinggal di tempat yang jauh seperti dari Pulau Mantanani sanggup juga datang mengikuti kelas ini walaupun mereka tidak dijanjikan dengan elaun perjalanan dan perbelanjaan sepanjang kursus ini.

Saya sebagai ketua program ini mengharapkan agar, para imam yang mengikuti kolokium ini dapat mengikuti program dengan hati yang ikhlas dan rasa kebertanggungjawaban sepanjang masa demi kemaslahatan kita bersama, agama, masyarakat dan negara. Dan saya percaya bukan mudah untuk mengikuti kelas ini sepanjang ia berlangsung kerana kita terpaksa mengharungi ujian dan cabaran terutama sekali ialah hambatan masa dan kewangan. Semoga Allah swt. memberikan pahala yang berlipatganda kepada kita semua. Amin!!

Thursday, January 14, 2010

Mesyuarat ke 2 AJK Sambutan Maal Hijrah 1431H Daerah Kota Belud








Pada 7.8.2010 yang lalu, saya sempat menghadiri mesyuarat Badan Dakwah Daerah yang membincangkan program-program yang diadakan sempena sambutan Maal Hijrah 1431H DI Daerah Kota Belud. Mesyuarat memutuskan akan mengadakan beberapa program ialah gotong royong, ziarah ke hospital Kota Belud dan majlis derma darah.Untuk sambutan peringkat daerah akan diadakan pada hari sabtu ini 16/1/2010M. Dijemput hadir!!

Ceramah Pendakwah Terkenal Indonesia Ke Masjid Pekan Kota Belud









Pada 8 Januari 2010 yang lalu, kami masyarakat Kota Belud khususnya ahli jemaah Masjid Pekan Kota Belud amat beruntung kerana telah menerima kehadiran seorang ulama' terkenal Indonesia iaitu Sheikh Habib bin Alwi Al-Kaff Ahlul Bait. Beliau telah menyampaikan ceramah bermula selepas solat maghrib hingga solat isyak. Di dalam ceramah beliau banyak menyentuh ceramah sambutan maal hijrah. Semasa berceramah beliau sempat melayani pertanyaan daripada para jemaah. Menurut Ustaz Haji Kholil bin Omar, beliau amat terharu dan berpuashati dengan jawapan yang penceramah berikan.

Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Al-Fadhil penceramah diatas kesudian datang berceramah di masjid pekan Kota Belud. Juga ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang bermurah hati menyusun program membawa penceramah ini ke Kota Belud. Juga tidak lupa kepad pihak Jabatan Mufti Negeri Sabah Yang telah membenarkan seterusnya memberikan tauliah kepada penceramah ini. Semoga kita semua mendapat ganjaran pahala yang setimpal daripada Allah SWT. Amin!!!!!

Antara Buta Mata Dan Buta Hati




Sememangnya semua manusia tidak mahu kepada buta mata kerana dengan buta mata menyebabkan seseorang sukar melakukan aktiviti seharian. Begitu juga ia terpaksa menerima hakikat tidak dapat melihat keindahan alam ciptaan Allah swt. Disamping itu, Mereka yang mengalami buta mata terpaksa mendapatkan pertolongan orang lain seperti anak, isteri dan ahli keluarga apabila melakukan sesuatu pekerjaan. Justeru itu manusia akan sanggup mengorbankan apa sahaja samada wang ringgit dan hartanya bagi memastikan mata mereka sentiasa melihat. Bagi mereka yang mengalami rabun dekat dan rabun jauh, rasa masih beruntung kerana masih lagi boleh melihat seperti membaca buku dengan bantuan cermin mata. Menurut isteri saya Puan Hajjah Syarah, beliau juga rasa bersyukur walaupun sudah lama menggunakan bantuan cermin mata tetapi masih lagi boleh melihat berbanding dengan orang lain yang langsung tidak dapat melihat lagi. Walaupun begitu ia juga terpaksa bertemankan cermin mata apabila melakukan pekerjaan seperti mengajar murid-murid di sekolah.

Begitu juga dengan penyakit Buta Hati, semua manusia tidak mahu dengan penyakit tersebut. Tetapi jarang manusia yang menyedari dirinya sedang mengalami penyakit sedemikian. Yang paling menyedihkan mereka yang bergelar doktor pakar,tokoh akademik, peguam dan ahli pemikir turut sama mengalami penyakit mata hati. Paling menakutkan apabila penyakit hati berlaku kepada mereka yang menjadi ikutan dan mereka yang pemandu kepada jutaan manusia. Jika ditanya antara kedua-dua penyakit ini dari segi bahayanya, tentulah jawapannya buta hati adalah lebih bahaya. Ini kerana mereka yang buta hati bukan sahaja membahayakan dirinya malah ia juga menbahayakan dan menyusahkan orang lain. Sebagai contohnya, seorang yang bergelar pegawai kerajaan apabila ia menghidap penyakit buta hati sudah tentulah perkhidmatannya akan lari daripada tujuan yang sewajarnya. Justeru itu akan lahirlah jenayah rasuah dan ponteng daripada kerja. Bagi mereka, soal dosa dan pahala, syurga dan neraka dan keadilan dan kezaliman tidak lagi menjadi perkiraan, yang penting bagi mereka wang, pangkat dan tujuan mereka tercapai.

Sebab itulah Allah swt, memberi peringatan kepada hambanya agar menjauhkan diri daripada penyakit buta hati kerana mereka yang menghidap penyakit ini tidak dapat lagi membezakan antara kebaikan dan keburukan, baginya perbuatan yang baik dilihat buruk dan sebaliknya perbuatan yang buruk dilihat baik. Bagi mereka seperti ini, Allah swt memberi ancaman dengan membutakan mata mereka di akhirat kelak. Nauzubillahi minzaalik.

Oleh itu,marilah kita berdoa kepada Allah swt agar dijauhkan daripada buta hati ini. Amin!!!!!!

Thursday, December 31, 2009

Majlis Sambutan Tahun Baru Masjid Kg. Payas-Payas Kota Belud





Malam 31.12.2009 saya menghadiri majlis Kenduri dan Doa Selamat di Masjid Kg. Payas-payas Kota Belud. Walaupun ketika itu saya baru balik dari Kota Kinabalu atas urusan keluarga, saya tetap juga menunaikan jemputan tersebut. Kehadiran saya sememangnya amat ditunggu-tunggu oleh imam-imam Rawatib yang bertugas di masjid ini. Di samping membaca surah yaasin , tahlil dan Doa selamat, Saya mengambil kesempatan untuk memberikan sedikit tazkirah yang bertajuk "TAQWA".

Bagi seorang yang inginkan kehidupan yang bahagia di dunia mahupun di akhirat,mestilah memiliki sifat taqwa.Perlu diketahui bahawa taqwa bukanlah perkara yang boleh dijual beli tetapi ia adalah anugerah daripada Allah SWt kepada hamba yang dikehendakinya. Untuk memiliki sifat taqwa ini seseorang hamba mestilah mengerjakan perintah Allah swt dan pada masa yang sama meniggalkan larangannya. Sesiapa sahaja yang memiliki sifat taqwa ini dirinya akan selamat dan orang lain juga akan selamat daripadanya.

Sunday, December 27, 2009

Majlis Titian Hijrah 1431H Di Masjid Pekan Kota Belud





Walaupun setiap hujung minggu ketika musim cuti sekolah, ramai yang sibuk menyusun perjalanan menghadiri majlis kenduri kahwin, namun ada segelintir umat islam yang masih boleh menyusun program yang berbentuk keagamaan. Inilah yang dilakukan oleh persatuan Titian Hijrah Daerah Kota Belud.Mereka berjaya mengadakan program hujung tahun dengan dihadiri oleh kumpulan ini dengan kehadiran yang membanggakan. Program Titian Hijrah diresmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kota Belud En. Hamdan Haji Sarudin.Beliau merasa terharu dengan komitmen yang ditunjukkan oleh persatuan ini walaupun mereka baru memeluk agama islam. Beliau berharap agar Persatuan ini lebih memperbanyakkan aktiviti bukan sahaja berbentuk keagamaan tetapi juga aktiviti yang berbentuk kemahiran.
Aktiviti yang diadakan di dalam majlis ini,termasuklah perujian Tilawah Al-Quran,bacaan Surah Al- Fatihah, Bacaan Iqro dan Kuiz. Saya juga berpendapat bahawa majlis yang mereka adakan ini berjaya disebabkan oleh tenaga ahli jawatankuasanya yang diketuai oleh Puan Hjh Mazmiah dan Timbalannya Ust. Hjh. Syarah dana Ustazah Soraya Salin.Majlis berakhir sebelum solat zohor.

Friday, December 25, 2009

Persidangan Imam - Imam Daerah Seluruh Sabah




Pada 19 hingga 22/12/2009 yang lalu satu majlis persidangan untuk Imam-imam Daerah seluruh Sabah yang diadakan di Palace Hotel Kota Kinabalu. Persidangan yang diadakan ini bertujuan melatih imam-imam Daerah seluruh Sabah berhubung keupayaan membaca Al-Quran dengan baik. Imam-imam Daerah yang dilatih ini diarahkan untuk melatih imam kariah dan Rawatib apabila mereka nanti kembali ke daerah masing-masing. Walaupun Program yang diadakan ini memakan masa yang singkat tetapi secara keseluruhannya telah memberikan kesan yang begitu besar kepada para Imam Daerah yang hadir. Satu perkara yang membanggakan ialah dengan kesediaan tenaga pakar dan berpengalaman telah mencurahkan ilmu mereka. Tenaga-tenaga pengajar ini terdiri daripada dua orang Mantan Imam Besar Masjid Negeri Datuk Hj.Asmali Bachi dan Tuan hari Nahar Matamin dan Imam Besar masjid Negeri sekarang Al-Fadhil Ustaz Ibrahim Haji Kisab Al-Hafiz. Semoga program yang baik ini dapat diadakan lagi dengan lebih kerap.

Perasmian penangguhan telah dilakukan Oleh Pengarah JHEAINS Datuk Haji Amri A Suratman. Dalam ucapan beliau lebih menekankan kepada kebersihan institusi Masjid agar ia bersesuaian dengan ajaran islam yang amat menitik-berat kebersihan. Hadir sama sepanjang program ini berlangsung ialah Timbalan Pengarah JHEAINS bahagian Hal Ehwal Islam Ybhg. Ustaz Mohamad Sidik Awang Adi.

Majlis ini juga telah mencipta sejarah yang besar bagi institusi imam dan masjid dengan tertubuhnya DEWAN MASJID NEGERI SABAH (DMNS). Dewan ini telah melantik badan pengasas yang diketuai oleh Ustaz Ibrahim Hj. Kisab Al-Hafiz Imam Besar Masjid Negeri sebagai Yang Dipetua, Timbalan Yang Dipertua Hj. Madli Hj. Mansur Imam Daerah Kota Belud. Tiga orang Dilantik sebagai Naib Yang dipertua iaitu Haji Asli Haji Karim imam Daerah Bandaraya Kota Kinabalu, Imam Daerah Beufort dan Imam Daerah Kudat Ustaz Md.Noh Abdul Majid. Setiausaha Ustaz Haji Nahar Matamin Dan Bendahari Imam Daerah Sipitang. AJk ialah semua imam Daerah seluruh Sabah.