Tuesday, April 27, 2010

Lawatan Saya Ke masjid Sembirai, Wakap, Gunding dan Linau Dan Ziarah Ustaz Anas Dan Im.Datu Anggeris







Beberapa hari yang lalu saya meluangkan masa melawat beberapa buah masjid sebagai pemantauan kepada aktiviti perkembangan masjid. saya bersyukur kerana setiap masjid yang saya pergi mempunyai jemaah. Walau bagaimanapun saya mengharapkan agar bilangan jemaah ini dapat bertambah pada masa akan datang.

Pengalaman Pertama Menjadi Hakim Tilawah Saringan Peringkat Neg. Sabah



Baru-baru ini saya telah terpilih sebagai hakim tilawah Al-quran peringkat neg. sabah saringan. Satu amanah yang berat juga kerana peserta yang dihakimi bukan sembarangan termasuklah Tuan Haji Abdullah Abdul Wahid tempat ketiga kebangsaan sebanyak 2 kali. Saya berdoa semoga pernilaian saya kepada setiap peserta tidak berlaku sebarang kesilapan dan kesalahan. Kepada rakan-rakan Qori dan Qoriah saya ucapkan tahniah di atas pencapaian dan perjuangan memartabatkan ilmu tarannum al-Quran selama ini.Ok

Majlis Perasmian Solat Jumaat Kampung Rajunah Kota Belud




Perasmian solat jumaat di kampung Rajunah ini telah di rasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Seri Panglima Haji Mohd. Salleh Tun Said. Turut serta dalam majlis ini ialah En. lamsil Hamidsor,Pegawai Daerah Kota Belud,Pegawai tadbir Agama PBU, En. Awadnir Matanggal,En. Baharul Sawi dan persatuan Titian Hijrah Kota Belud.

Sebagai perasmi majlis Datuk Hj. Salleh mengharapkan agar masjid ini menjadi pusat perkembangan islam di kampung yang berdekatan kerana kedudukannya yang amat strategi.Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini.Bermula dari sekarang penduduk yang beragama islam di kawasan ini tidak lagi bersusah-payah mendirikan solat jumaat di pekan Kota Belud. Cuma saya mengharapkan kepada ustaz-ustaz yang bertugas di tempat ini agar dapat mencurahkan bakti membantu mengimarahkan masjid ini.

Aktiviti Kolokium Pentadbiran Masjid Peringkat Daerah Kota Belud






26 April 2010:Masjid Bandaraya Kota Kinabalu. Tibalah masanya para imam menjadi penentu kepada halatuju masjid di kampung khususnya di daerah Kota Belud. Sebelum ini perkembangan masjid ditentukan oleh ketua kampung dan pengerusi JKKK .Oleh itu proses memperkasakan para imam agar dapat berperanan segaimana yang sepatutnya hendaklah mendapat perhatian daripada semua pihak. Ketua Bahagian USIA daerah Kota Belud Encik Lamsil Hamidsor mengatakan demikian ketika perasmian penutupan program Kolokium pentadbiran masjid peringkat daerah Kota Belud.Program ini berjalan selama 4 hari iaitu bermula pada 23 hingga 26 april 2010. Program ini adalah anjuran bersama Usia Kota Belud, UUM, BTN dan JHEAINS Kota Belud.Para peserta terdiri daripada Imam dan pentadbir masjid. Kolokium ini dilaksankan di Pusat Latihan Biro Tatanegara di Kundasang Ranau.

Hadir bersama dalam perasmian penutupan ini ialah Wakil Usia Pusat, Pensyarah UUM dan Ahli Jawatankuasa Masjid bandaraya Kota Kinabalu hasil maklumat daripada peserta yang mengikuti program ini mereka bersyukur kerana terpilih mengikuti program ini.Sebagai imam Daerah Kota Belud, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua pihak khususnya Usia Kota Belud, UUM dan BTN Kundasang kerana memilih para imam kota belud mengikuti program ini.