Thursday, February 11, 2010

MUZAKARAH HAKIM TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT NEGERI SABAH





Pada 8 dan 9 februari 2010 saya telah menghadiri majlis muzakarah hakim tilawah al-Quran peringkat negeri di kompleks tabung Haji Kota Kinabalu. Peserta yang terpilih mengikuti majlis ini terdiri daripada para hakim tilawah al-quran dalam berbagai peringkat.Pembimbing muzakarah terdiri daripada hakim tilawah al-quran peringkat antarabangsa antaranya ialah Ustaz Haji Abdul Rahim Ahmad. Beliau ialah pakar dalam bahagian Tarannum Al-Quran. Saya amat bersyukur kerana telah diketemukan dengan guru al-quran saya semasa belajar di Negeri Kelantan dahulu iaitu Ustaz Hj. Abd. Rahim.Sekian

FORUM EHWAL ISLAM KG. RAMPAYAN ULU ZON 1




Pada 06.02.2010 yang lalu saya menghadiri majlis forum ehwal islam di kg. Rampayan Ulu Kota Belud. Program ini dianjurkan oleh AJK masjid Kampung ini.Menurut pengerusi masjid ini Drs. Daiman Salalah, sebelum majlis forum ini berlangsung mereka telah mengadakan beberapa acara bagi menarik penyertaan penduduk kampung. Majlis forum ini telah dipengerusikan oleh Cikgu Nasdin. Manakala Ahli forum ialah Ustaz Jafran Hj. Kusin, Ustaz Saifuddin Ahmad dan saya sendiri ( Hj. Madli Hj. Mansur). Saya mengakui bahawa kehadiran penduduk kg. amat menggalakkan. Majlis ini juga dihadiri oleh ahli masjid kampung yang berdekatan seperti Kg. sarang, Kg. Rampayan Laut, Kg. Nanamun dan Kg. Kayu Puteh Kota Belud. Semoga Allah SWT membalas segala amal ibadat dengan pahala yang banyak.Amin!!

Wednesday, February 10, 2010

Hari Pelancaran Kolokium Imam Kariah Dan Imam Rawatib Peringkat Daerah Kota Belud




Masih di awal tahun 2010M ini Para imam di Daerah Kota Belud telah mengorak langkah lagi kehadapan dengan mengadakan prgram kolokium. Kolokium yang diadakan ini adalah kesinambungan daripada kolokium yang diadakan oleh pihak JHEAINS Kota Kinabalu kepada imam-imam Daerah seluruh Sabah baru-baru ini.Kolokium ini disertai oleh seramai 170 imam di daerah ini. Kolokuim imam-imam ini bermaksud semua imam yang terdapat di Daerah ini akan dilatih dengan terbaik berhubung dengan skop kerja yang mereka laksanakan selama ini.Program ini akan berjalan selama 5 bulan iaitu bermula awal bulan februari dan berakhir pada hujung bulan jun 2010. Kelas ini akan dilaksanakan setiap hari rabu sahaja dan bertempat di masjid pekan Kota Belud.

Melalui kelas ini para imam akan dilatih berhubung pengendalian keimaman ketika mengimami solat, majlis Tahlil dan doa arwah,Pengurusan jenazah,Wirid selepas solat, Bacaan khutbah, bacaan berzanji dan yang terpenting sekali ialah tahsin al-quran.

Pembimbing bagi kelas ini seramai 8 orang. Mereka ialah saya sendiri Imam Daerah, Imam Haji Kholil Omar, Imam Anas Mat Khalid, Imam. Hassanuddin, Imam. Madlan Awang, Imam Rosli Anjam, Imam Abdul Aziz Rejab Dan Imam Hj. Abdul Malik Lelah dan pembantu ialah Imam Amirun Rajun.Mereka ini semua adalah imam-imam kariah dan rawatib dan dikenali di Daerah ini kebolehan mereka masing-masing.

Semasa hari pelancaran kolokium ini, Pegawai Tadbir Agama PBU Ustaz Zuldin dan Penolong Pegawai Tadbir Agama Daerah Kota Belud Puan Fatimawati Aldin mengharapkan agar selepas sahaja kolokium ini semua para imam dapat mengendalikan tugas dengan baik terutama dari segi bacaan.

Jika dilihat daripada sambutan yang diberikan oleh para imam berhubung program ini sungguh menggalakkan. Ada imam yang tinggal di tempat yang jauh seperti dari Pulau Mantanani sanggup juga datang mengikuti kelas ini walaupun mereka tidak dijanjikan dengan elaun perjalanan dan perbelanjaan sepanjang kursus ini.

Saya sebagai ketua program ini mengharapkan agar, para imam yang mengikuti kolokium ini dapat mengikuti program dengan hati yang ikhlas dan rasa kebertanggungjawaban sepanjang masa demi kemaslahatan kita bersama, agama, masyarakat dan negara. Dan saya percaya bukan mudah untuk mengikuti kelas ini sepanjang ia berlangsung kerana kita terpaksa mengharungi ujian dan cabaran terutama sekali ialah hambatan masa dan kewangan. Semoga Allah swt. memberikan pahala yang berlipatganda kepada kita semua. Amin!!